Showing posts with label Cabaran 7 Hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 7 Hari. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Cabaran 7 Hari Blog : Hari 7 | Pengedar Shaklee & COD Shaklee Di Batu Gajah, Perak

saya merupakan PENGEDAR SAH SHAKLEE di Batu Gajah, Perak. Anda juga boleh menghubungi saya di talian 019-599 4461
Juga saya ada boleh membuat penghantaran dengan POS LAJU bagi luar dari kawasan. 
Untuk yang berada berdekatan seperti Sri Iskandar, Lahat, Gopeng, Pengkalan. Anda boleh dapatkan vitamin Shaklee secara COD.

Untuk kawasan di sekitar Sungkai, Slim River & Tapah juga boleh COD. 
Kerana En.Suami saya bekerja dia Trolak. 
 

Jika anda berminat ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya atau untuk info lebih lanjut >> KLIK SINI
disamping berbisnes anda boleh menjaga kesihatan satu keluarga. 
Sihat Dengan Shaklee




Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia
 

Cabaran 7 Hari Blog : Hari 6 | Restoran Kegemaran Saya

Kalau cakap bab makan .. laju je anak tekak ni kalau menelan.
Jadinya cabaran masih diteruskan di hari ke 6 : Restoran kegemaran saya.

Nak kata saya rajin makan kat luar tak jugak,.. tapi ade la ..
Tapi setiap kali waktu rehat selalunya akan melepak restoran nih.

Restoran nya adalah MEE REBUS RAMLI.

sangat popular untuk warga PERAK.. 
Mee Rebus nya sangat sedap.. 










tapi saya hanya suka NASI AYAM nye.. heee.. SEDAP KOME...!!



Tentang >> Vitamin Vs Morning Sickness
Suppliment untuk bersalin secara Ceaser >>> BERPANTANG VS CEASER

Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461



Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia

Saturday, 11 October 2014

Cabaran 7 Hari Blog : Hari 5 | Homemade Resepi

HOMEMADE RESEPI....
nak kata hebat dalam memasak ni.. memang bohong la ,. hehee
tapi boleh la memasak kan..
rugi nya dulu tak tuntut resepi dengan arwah mak. 

Ok nk share resepi AYAM MASAK KICAP.

Ayam Masak Kicap
Bahan A :
1 ekor ayam dipotong kecil, basuh dan gaul garam kunyit n goreng.
2 biji kentang dipotong dan goreng
4 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1/2 batang lobak 
kacang panjang 
3 sudu minyak masak
1 kiub pati ayam
1/2 cwn air
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang 

Bahan B ( Untuk dikisar )
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu teh lada hitam

Cara- Cara:-
Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi ( Bahan : B ) sehingga garing.
Masukkan air, kicap, sos cili, sos tomato, lobak, kacang panjang, kiub ayam. Biarkan merenih.
Kemudian masukkan garam dan rasa masinnye tau... jgn terlalu masin pulak. sebab dah letak kicap tadi kan..
Akhir sekali masukan ayam dan kentang yang dah digoreng tadi, gaul2 rata.

SIAP untuk dihidang... tarrraaaaa...



Jika anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461



Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia

Thursday, 9 October 2014

Cabaran 7 Hari Blog :Hari 4 | Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Nak di jadikan cerita.. 
11 tahun yang lepas saya telah mengalami kemalangan jalan raya. time tu sedang membonceng motosikal yg dibawa oleh abang saya untuk hantar saya ke pusat tuisyen . 

akibat malam jalan gelap. abang saya terlanggar anjing hitam (secara jelas saya tak nampak anjing tersebut) macam MISTIK kan? dan akibat hentakan yang kuat saya terpelanting ke tengah jalan.. ok.. TENGAH JALAN . bayangkan kan saya nampak lampu kereta dari kedua2 arah.. ALLAH telah menyelamatkan saya dengan bantuan orang2 yang berada di tempat kejadian.. Alhamdulillah.. 

Time tu Malam Israq Mikraj. saya dikejarkan ke hospital Batu Gajah. masuk dalam wad kecemasan. Bila hantar X-Ray. nak tahu apa jadi? 

Report menyatakan saya Patah tulang di L1 & L2 dan retak dipinggang. Masa ni rasa nak nangis.. Syukur Alhamdulillah tak serius sebab tak memerlukan pembedahan .. 


L1 & L2 tu bahagian yang patah....
hanya kena simen je.. ok simen. dari bahagian dada smpai pinggang. bayangkan.. badan kena simen. huh... nasib baik ayah sayangkan anaknya.heee pakai simen yg jenis fiber (betul ke ejaan ni? hahah ) tak pakai kapur kalau tak nayer je menggaru. dan sekali lagi Syukur , Mak saudara Seorang Pakar Tulang telah membantu dgn menukar simen tersebut kepada jaket. baru sedap pakainya. 

dan disebabkan ini aktiviti sangat terhad. selama 6 bulan pakai jaket tu. dan setelah tamat pengajian di politeknik dan telah berkerja semakin hari terasa sakit2 kat bahagian pinggang dan belakang. 

saya pun usaha mencari jalan penyelesaian ... iaitu Vitamin Ostematrix. Alhamdulillah setelah diamalkan.. rasa sakit sengal berkurang. sebab saya mendapat kalsium yg cukup!dan tidur yang lena! no sembelit ! mesti korang tak percaya kan? .. siapa ada masalah tulang , buang air besar tak lawas , tidur terganggu .. cuba Ostematrix Shaklee.. In Shaa Allah.. saya yang alami.. saya yang rasai, jadi saya ingin berkongsi dgn anda semuaa.... 



Suppliment untuk bersalin secara Ceaser >>> BERPANTANG VS CEASER

Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461



Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia

Cabaran 7 Hari Blog :Hari 3 | Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Cabaran 7 Hari Blog , Apa Yang ada dalam handbag saya?? 
anda semua rasa ada apa??

terasa tercabar bila melakukan cabaran ni... hahhaaa
handbag dan wanita memang KEMBAR.. sebab nya tanpa handbag rasa jalan di awangan.. heee

Jom terjah apa yg ada dalam handbag saya.

nampak sangat berseleraknya.. tak leh susun atas meja. nanti bos nampak..hahaha
  • purse : wajib sewajib nya ada. sebab segala pengenalan diri ada dalam tu termasuklah wang ringgit.
  • manual pump madela: ni pon wajib ya.. sbb harus pump bila tiba masa nya. 
  • plastik beg : untuk simpan susu yg dah di pump tadi. kalau takde nak simpan kat mana kan? heee
  • gincu : walaupun saya jarang guna gincu. tpi standby je dalam beg.. 
  • vaseline : hari tu g pasaraya. ada sale buy 1 free 1. ate beli le letak dalam beg.. utk beratkan beg rasanya.. hahaha
  • pen: nampak x kat ceruk tu? pen ni paling penting ye. nak tulis2 bagai...  
  • buku kecik : disebabkan dia kecik. dia taknampak kan? hahaha yang ni harus ada dalam beg. sebab nak catit setiap masalah client dan vitamin apa yg nak dicadangkan.. 
dan sampah sarap.. kertas2 resit pas g pasaraya ada je dalam handbag tu. setiap hujung minggu saya akan bergotong royong seorang diri untuk mengemas kini handbag..hee
 

apa pula ada dalam handbeg korang? jom share...... 


Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461





Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia




Wednesday, 8 October 2014

Cabaran 7 Hari Blog : Hari 2 | Percutian Idaman Saya

Cabaran Hari 1 saya dah berpantun, agak2 yg Cabaran Hari 2 ni nak berpantun jgk ke??? hahhaa.. syair la plak ye?? hahaaa

Ok2 serius.. setiap org ada mesti ada tempat2 nak dilawati kan? mesti punya lah. bohong kalau xde.
Tempat pertama yang saya nak sangat pergi...

Makkah
inilah tempat yang sangat mendamaikan hati n sanubari. wah ayat..... 
In Shaa Allah.... satu masa nanti.. 

Kadang2 bila pk balik dalam Malaysia pun tak habis pusing lagii.. hahahaa..

Pernah tonton kan " Ke Korea Ke Kita" sangat kelakar ok.. so memang nak ke Korea rasanya.. siapa tiket pree meh bagi saya!! heeee


Macam Wak Doyok & Myo niiiii .. spontan best!!





Cabaran 7 Hari Blog : Hari 1 I 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461





Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia

Cabaran 7 Hari Blog : Hari 1 | 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Vitamin Shaklee sangat digemari,
Untuk di amalkan bersama-sama,
Cabaran 7 Hari Entry sudah diberi,
Dengan Bismillah ku sahut cabaran pertama !



3 Fakta Menarik Tentang Saya  akan saya kongsi kan dgn semua.. siapa baca sila RAHSIA kan tau.. walaupun ianya bukan RAHSIA.. 



Fakta 1 :- Suka Aktiviti Yang Lasak & Mencabar (termasuk nak buat entry ni.. sebab xde idea nih.. hahahah)


Waktu belajar dulu dari sekolah rendah sampai lah politeknik. Memang kegemaran saya aktiviti yang LASAK. mungkin disebab kan adik beradik semua lelaki kot..

Waktu sekolah dulu aktif bersukan dan join setiap aktiviti unit beruniform ( Kadet Remaja Sekolah) ok serius saya LULUS untuk ujian PEGAWAI WAREN II waktu Form 4 bukan senang nak dapat pangkat tu mcm2 ujian dilalui siap mandi selut lagi... hahaha
 

Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Di Kem Pusako, Negeri Sembilan


Waktu Politeknik pulak aktif dalam AW ( Askar Wataniah) yg part ni memang best... paling tinggi pun pangkat yg ada skrg ni ( Lans Koperal) ok la kan dari (Prebet) je.. setiap latihan memang kena ada kekuatan mental dan fizikal. 





Fakta 2 :- ISTERI & IBU

Saya merupakan isteri kepada Mohamad Shahril dan ibu kepada Mohamad Atif.
Kisah bermula di dalam bas MARA LINER di Terminal Bas Tanjung Malim.Masa tu saya dan kawan nak balik ke Politeknik dan sementara itu ada seorang jejaka duduk di bersebelahan kerusi bas.. hahaha.. rasa nak ketawa ni.. 
Bermula lah kisah perkenalan kami.. heee.. dan seterusnya bercinta. dan ambil keputusan untuk berkahwin.

dalam semak pun jadiiii 
Baby Shaklee Mohamad Atif . 3.9Kg


Fakta 3 :- SEORANG YANG PERAMAH

"LIKE MOTHER LIKE DAUGHTER" ini akibat penangan arwah mak ni.. sebab sewaktu beliau hidup. arwah merupakan seorang yang sgt peramah & dapat menghiburkan hati ahli keluarga & jiran tertangga.. Dan oleh sbb itu lah anaknya yg seorang ini (saya lah..heee) seorang yg mudah bergaul dan peramah... In Shaa Allah sapa2 yg mengenali saya akan tahu sikap saya... heee.. Oleh itu jangan segan2 nak tegur saya.. 


Kalau anda berminat nak beli barangan Shaklee atau nak jadi Ahli Shaklee hubungi saya MAI 019-5994461




Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia
Shiny Gold Star