Friday 12 December 2014

Rawatan Akupuntur Pulihkan Saraf

Assalammualaikum..
Bercakap mengenai rawatan akupuntur ni. Setelah melahirkan anak saya secara pembedahan (ceaser) saya telah mengalami masalah saraf. 
Disebabkan oleh jarum yg dicucuk di tulang belakang (epidural) untuk melumpuhkan separuh badan. 


gambar dari En.Google
ada antara yg bertuah selepas epidural ini. mereka kembali sihat cuma kesan yg biasa dialami. sakit belakang bila duduk dan berdiri untuk jangka masa yang panjang. 

Untuk saya. 11 tahun yang lepas saya mengalami kemalangan dan patah di tulang belakang L1 & L2 . Syukur tidak serius dan tidak memerlukan pembedahan. cukup sekadar memakai jaket plastik utk membetulkan tulang tersebut.

Setelah beberapa minggu melahirkan anak. saya mula terasa sakit di bahagian tulang belakang. nak angkat bayi tak boleh. bila baring sangat2 sakit di bahagian belakang. bila nak bangun dari baring ALLAH ! lagi sangat sakit sampai menangis.

Sampai satu tahap ketika sedang berjalan. tulang bahagian belakang dan otot cramp. ALLAH ! sakit yang amat sangat. selama hampir 2 bulan saya tak mampu berjalan . seperti orang lumpuh.

ALLAH Maha Besar. Abang saya membawa saya ke Pusat Terapi AsSyifa Nur Hikmah di Taman Lapangan , Ipoh Perak. disana saya disarankan melakukan Rawatan Akupuntur. Ini disebabkan saya mengalami masalah saraf dan saraf yg sakit itu lagi bertambah sakit setelah epidural.


gambar dari en.google

Alhamdulillah atas Izin dari Allah Yang Maha Menyembuhkan. Kini saya dah boleh berjalan dan membawa kereta dan dapat dukung anak saya!


Sesiapa yang mengalami masalah saraf boleh mencuba rawatan akupuntur. InsyaAllah.. dapat membantu memulihkan saraf yang tidur. 

Apa Itu Akupuntur?? >> Klik  Sakit tak Akupuntur? 





Mai AtiQah (ID 921605)
PM / Whatsapp: 019-599 4461

No comments:

Post a Comment

Shiny Gold Star