Friday 19 December 2014

Keputihan Yang Terlampau...? Macam mana nak mengawal dan mengelakkan keputihan?


Apa Itu Keputihan? 
  Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi ?


  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  • Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  • Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  • Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  • Pemakanan, terdapat sesetengah makanan yang menyebabkan keputihan menjadi banyak dan berbau. Contoh makanan seperti ialah timun, nenas, makanan dengan ragi dan gula
  • Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan. 
Bagaimana Cara Terbaik Untuk Mengelakkan Keputihan?

1.Mandi dengan teratur, pastikan anda membersihkan kawasan vagina hingga ke celah peha dengan sempurna dan bersih.


2. Menggunakan seluar dalam yang diperbuat dari cotton kerana kain jenis ini dapat memberi pengudaraan yang sebaiknya kepada kulit dan pastikan ianya sentiasa kering. Jika lembap,kerapkan tukar.


3. Elakkan meletak bedak atau wangian seumpamanya hanya untuk mengelakkan bauan.
 

4. Segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut untuk mengetahui punca keputihan. Kadangkala ianya Cuma keputihan biasa, tetapi sekiranya ia merupakan jangkitan, adalah baik untuk mendapatkan rawatan awal.

5. Bagi yang telah berkahwin ,pastikan anda melakukan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis dengan kadar sepatutnya bagi mengesan sebarang masalah atau jangkitan kuman pada organ dalaman.

6. Ganti Pad Sanitari dengan kerap semasa kedatangan haid bagi mengelakkan jangkitan pada faraj.

7. Gunakan panty liner semasa di luar waktu haid dan gantikannya dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan.

8. Pastikan bahagian faraj kering setiap kali selepas membuang air. Organ wanita adalah sensitive dan tidak boleh dibiarkan basah kerana boleh menyebabkan pembiakan kuman Jangan gunakan sebarang cecair pencuci kerana tidak semua orang sesuai menggunakkannya.


FEMINIM WASH JAMU SUSUK DARA

HUBUNGI 019-599 4461 UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN
 

PENGGUNAAN PAD YANG BERASASKAN 100% KAPAS

HUBUNGI 019-599 4461 UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN

MENGAMALKAN SUPPLIMEN UNTUK MEMBAIK PULIH SISTEM DALAMAN
Oleh kerana saya pernah mengalaminya saya juga ingin berkongsi dengan anda semua.Sebarang pertanyaan juga ingin membuat tempahan boleh menghubungi saya: -


Mai AtiQah (ID 921605)
PM / Whatsapp: 019-599 4461

No comments:

Post a Comment

Shiny Gold Star