Apa itu Akupuntur?
Akupuntur berasal
dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa
Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang
menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang
lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik
akupuntur.
|
Jarum akupuntur yang sangat
halus |
Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang
tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti
kesihatan. Apabila jarum akupuntur dicucuk maka secara automatiknya saraf di
kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan
tersebut.
Akupuntur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun
yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China
walaupun akupuntur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti
orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.
Sejarah telah
membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang
mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupuntur. Segala penemuan dan
pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari
generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis
dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of
Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di
simpanan seorang penulis di Beijing, China.
Akupuntur dan Perubatan Islam
Ramai yang tidak sedar bahawa akupuntur
sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah
s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan
agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun
lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati
akupuntur adalah pecahan daripada bekam.
Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam
kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu
kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak.
Insya Allah.
Akupuntur boleh dilakukan pada bila-bila
masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang
boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak
boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam
pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana
melakukannya.
Kelebihan Akupuntur
- Merangsang atau mengaktifkan saraf
- Menstabilkan pengaliran darah
- Menormalkan tekanan darah
- Merangsang tenaga Chi
- Mengatasi
pelbagai penyakit
- Tidak
menggunakan dadah
- Tidak ada kesan
sampingan
- Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
- Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
- Melegakan kesakitan
- Mengatasi kemurungan
- Meningkatkan kecerdasan
- Mengatasi masalah rabun
|
B-Complex Membantu Dalam Masalah Saraf |
|
Mai AtiQah (ID 921605)
PM / Whatsapp: 019-599 4461