Tuesday, 30 September 2014

morning sickness~~~

Alhamdulillah ...
di sahkan hamil .. sebelum ini pernah keguguran sekali (bukan rezeki).Tapi Alhamdulillah setelah 3 bulan kembali hamil semula..heee 

kalau hamil semua org tau mesti akan dapat 1 PENYAKIT namanya ALAHAN / MORNING SICKNESS kan.. ????

sama la .. mengandung kan atif . stage 1 tu memang MC cuti sakit je memanjang. dgn muntah + pening + perut sebu + nak baring jeee.. makan pun tak lalu... memang MALAS tahap dewa. 

Time ni la dapat bermanja dgn encik suami.. heeee.. 

ok.. nak share dgn korg yg mengalami MORNING SICKNESS yg kronik nii (mcm aku). Masa ni ibu hamil yang mengalami gejala ini memang rasa nak selalu berdekatan dengan toilet.  Boleh dipanggil penghuni setia tandas. Muntah-muntah dan badan menjadi lemah. Silap-silap boleh terlentok dalam toilet akibat tubuh badan yang tak bermaya.



Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan , tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Sekiranya menghadapi masalah ini, perkara pertama yg 

penting adalah berjumpa dengan doktor dengan segera. 

Manalah tahu kalau ada simptom penyakit lain yang ada pada diri kita.


Antara Suppliment / Vitamin yg aku amalkan ketika mengandungkan si debab Atif ni.. 
adalah PERFORMANCE DRINK & PEPPERMINT GINGER PLUS




PERFORMANCE DRINK
  • Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Menggantikan air yang hilang akibat muntah. Meningkatkan daya tahan otot.
  • mengurang Dehidrasi @ sebagai 'kekurangan air yang banyak dalam badan'. Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.












PEPPERMINT GINGER PLUS
  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut



ini KHAS untuk ibu-ibu yg kronik macam saya waktu bulan pertama kehamilan.. makan je muntah.. makan je muntah.. huhhhhh.. boleh cuba Set Alahan Kronik ni. In Shaa Allah. 


klik Vitamin VS Morning Sickness  untuk info lanjut !!



Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia






Vitamin VS Morning Sickness

SET MORNING SICKNESS 

Alahai siannya si ibu..... ini antara suppliment @ vitamin yg ibu-ibu boleh amalkan sepanjang tempoh alahan dan boleh diteruskan sehingga melahirkan anak.. 
Ibu Mama Emak Ummi boleh pilih mana antara suppliment@vitamin yg bersesuain dgn alahan.



PERFORMANCE DRINK 
mengelakkan badan ibu kehilangan air yang keterlaluan akibat muntah serta memberikan tenaga.

PEPPERMINT GINGER PLUS 
melegakan kembung & mengeluarkan angin berlebihan di dalam badan

CHEWABLE VITA C PLUS
rasa masam bagi mengawal rasa loya tekak dan sesuai menjadi pengganti asam yang lebih sihat

 ESP (Energizing Soy Protein)
Mengembalikan tenaga semula & mengurangkan rasa lapar selalu ketika hamil

B Complex
Mengurangkan risiko kecatatan otak bayi dalam kandungan, Mencegah anemia , migrain , pening & muntah.




Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia




Sunday, 28 September 2014

JOM BERPANTANG !

Set Bersalin Shaklee boleh diambil hari pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.



Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk mencari set bersalin yang sesuai dan terbaik, terutama yang memilih untuk menyusukan bayi.

Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…set bersalin mana yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set bersalin tradisional (jamu).
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat untuk menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang remeh ataupun produk yang diambil dirasakan tidak bersesuaian.



Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden Shaklee. Ianya paling sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

- B COMPLEX

Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan


Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ 

  
Oleh itu, berpantang dengan Shaklee dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru bersalin, yang menjalani pembedahan serta yang mengalami masalah keguguran rambut.

Namun begitu, Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin semulajadi dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum.

Set bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!
Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari  

Untuk para suami, pilihlah set bersalin terbaik untuk isteri anda.




Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia




Saturday, 27 September 2014

BERPANTANG vs CZER ( caesar )

Ok.. Meh sambung time berpantang pulak ye..

Sapa kata bersalin czer tak sakit? meh nak gigit nk tnye sakit tak? hahaha
Nak dukung anak tak boleh lagi.. nak bergerak banyak sangat sakit tang perut tu..
Nak bersin ke batuk ke.. terpaksa tahan..




Bermula lah kisah aku berpantang...
pagi setengah jam sebelum sarapan aku telan Vitamin Zinc Complex. Sangat2 elok hokey untuk pulihkan luka! Alhamdulillah rasa pedih2 dalam perut semakin berkurang selepas amalkan makan
suppliment ini selama seminggu selepas bersalin ikut tingkap..luka kat perut pun dah tertutup rapi.. ++ ada jgk telan PATI HARUAN  ..hanyir pun hanyir lah.. janji luka cepat sembuh.




Selepas sarapan pagi  makan Vitamin B Complex , Vita - Lea & Vita C 500mg al-kisahnye.. aku kurang darah selepas bersalin. so gabungan suppliment2 ini dapat mengurang kan stress , meroyan,penambah darah, peyembuhan tisu, memperbanyakkan susu & mengelakkan anemia . maklumlah pertama kali beranak. stress mesti ada..( kalau stress cmne nak menyusu kannnnn kan?? susu pun segan2 je nak keluar) dgn badan yg lemah xde tenaga nya,.Alhamdulillah.lepas makan supliment2 ni... Stress aku dapat dibendung.. rasa tenang je setiap rasa hari... susu badan pun lancar je.. sebab tak stress dah.. dan badan lebih bertenaga sebab dapat multivitamin dan zat besi yg secukupnya.....heee..





PART MEMBUANG lak...
ini serius.. org beranak normal pun ada masalah dgn Pembuangan Benda Asing (buang air besar) .
sebab cara pemakanan, emosi semua tu menggangu usus..
Malam sebelum tidur ( tidur ke dalam pantang???) hahahah . aku makan Pil Ostemantrik (Kalsium).
pil ni boleh dikatakan ubat sembelit.. sebab akan melancarkan usus dan membantu memberikan kita kalsium yg secukupnya.. ++ orang yg tak berapa suka minum susu.. boleh amik ostematrix ni.. In Shaa Allah NO MORE SEMBELIT hokey!!..

ni antara yang aku amalkan waktu berpantang.. Alhamdulillah anak dan ibu dapat khasiat. apa ibu telan anak pun dapat khasiatnya..


Kalau nak rasa segar selepas bersalin. aku syorkan SET BERPANTANG SHAKLEE .
sebab aku dah makan dan kalau boleh nak share kebaikan dgn bakal2 ibu semua..

Untuk INFO lanjut klik  JOM BERPANTANG  !!
BAGI mereka yang mengalami ALAHAN ketika bulan pertama kehamilan.. LET's CHECK it OUT klik Vitamin VS Morning Sickness 

** pstt ...Terima kasih kepada mak pak mentua yg sudi jaga menantu ni....heee

Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia


Friday, 26 September 2014

Minggu ke 39 ! Operate...

dah Nak BERANAK... Penantian ku selama 9bulan 3 minggu

05.06.2014 ( 7 Syaaban 1435H ) Hari Khamis

Jam 0630
selepas selesai solat subuh bersiap nak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.. dalam perjalanan tu jenuh la mulut ni terkumat kamit berzikir..sejuk datu badan rasanya.. sebab seumur hidup ni kali pertama nak operate.. huhu

Jam 0700
Sampai di Dewan Bersalin Hospital.. jantung bergerak pantas nii.. heee.. takut weii, smpai sahaja terus daftar. doc amik tekanan darah , dan CTG.. elok je Hamba Allah dalam perut ni..dah siap semua salin pakaian. dan tunggu turn nak masuk bilik bedah..

Ni time tengah tunggu turn. sebab ada org sedang operation.. huhu.. time ni rasa nak lari balik rumah.. hahhaah


Tengah dok sembang2 dgn en.abg. nama kena panggil.. cium tangan minta ampun maaf. halal kan makan minum.. huhu rasa cam nak pergi jauh  jeee kan... 

Jam 9.45pagi
Masuk bilik bedah.. mak aiiii... sejuk nye.. baring kat atas katil. katil tu betul2 muat badan kita je. Nurse pesan.jgn gerak2 sgt kang jatuh dari katil tu,, heeee. so duduk diam2.
Tggu doc pakar bius datang.. so doc suh peluk bantal.smbil membongkok badan sedikit. ''awak jangan gerak yaaa... ' aku time tu rasa cuak sgt.. badan dah sejuk. dalam hati hanya berzikir tak henti2..

Dah bius..ok boleh baring.. dieorg letak penghadang kat atas dada. sebab tak bagi kita tgk operasi bedah tu.. kang pengsan lak,, heee. Ok.. dari pinggang smpai kaki memang tak rasa apa2 dah.. korang buat la cmne pun.

start bedah... tak rasa apa2 dah.. hanya dapat hidu bau hanyir darah jee... uhhh.. doc bius tu ajak sembang.. konon2 nak bagi aku relaks,, padahal.. rasa nak pengsan je..
 disebabkan Hamba Allah dalam perut aku ni besar.. waktu scan 4.1kg.. masa nak keluarkan baby ni...bergoyang2 badan ni.. sabar je lah..

Jam 10.05pagi
ALHAMDULILLAH !!  Maka keluarlah si anak dalam kandungan ibu selama 9 bulan 3minngu. Dengar lah bunyi tangisannya.... Serius.. Menangis time dapat dgr tangisan anak..rasa BERSYUKUR atas Anugerah yg diberikan Oleh ALLAH terhadap hamba nya yg lemah ni...
Terpaksa dimasukkan ke peti kaca ni sebab kurang oksigen..sian anak ibu
Nah... 3.9kg .. tidoq je!!
dan aku di transfer  ke wad pemerhatian selama 6 jam. so baring je la selama 6 jam. belom dapat pegang anak lagi.. huhu... Anak dah diazan oleh Ayah nya masa kat bilik pemerhatian bayi.. **xdapat tgk!!

Peace la sangat kan.. tapi time ni pening lagi
cukup masa 6 jam nurse datang. 
Nurse : Puan , bangun ya duduk atas kerusi roda ni. kita nak pergi wad 2.
Aku : bukan duduk wad ni je ke?? kena bangun la ni?
Nurse : ye puan... puan kena banyak bergerak. baru la luka cepat sembuh... ini wad pemerhatian sahaja.

Serius nak bergerak sakit! ubat bius dah habis... tpi kuatkan jugak semangat.. bangun jgk. rasa lagi perut tu kena belah.. huh..









Menetaplah aku di Wad 2 Bilik 12 di Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun selama 3 Hari 2 Malam
*** Terima Kasih tak terhingga buat Suami!! sebab dia yg paling penat ke hulu ke hilir. beli barang. jaga bini.. sayang sangat sama encik suami aku yg sorg ni.. !!

Bermula lah sessi berpantang.......... nak tahu cmne luka ni cepat sembuh?
Meh saya nak kongsi dgn awak semua Pengalaman Berpantang & SET BERPANTANG yang aku amalkan. 

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN??



Benar lah kata orang-orang tua dulu.. bila si anak mula main air liur.. haaa siap lah ibu nya!! gugur rambut.. macam situasi sekarang ni.. Atif dah start main air liur! dan memang betul habis gugur rambut ni ha..sabar je lahh... lepas mandi je rambut bila disikat.. Nah amik rambut dekat seguni HAHAHA tipu la kan dekat seguni.. (tp kalau boleh jgn sikat rambut time rambut basah ye..... sebab lagi banyak rambut tu gugur ke bumi....) heeeee


Tapi masalah rambut gugur bukan sahaja di alami oleh ibu-ibu yang baru bersalin malah kaum lelaki pun tidak dapat lari dari masalah ini. Sekurang-kurangnya bagi wanita yang bertudung dah tentu ada coverkan tapi lelaki macam mana pula. Takkan nak cover dengan tudung saji pulakkan ? ngeee :D. Tapi secara jujurnya, baik lelaki atau wanita, bertudung ataupun tidak, masalah keguguran rambut memang merunsingkan .




Jom kita lihat apakah faktor yang menyebabkan keguguran rambut terjadi. 

a. Perubahan Hormon – Perubahan hormon dan ketidakseimbangan juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Ini mungkin disebabkan oleh mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil kawalan kelahiran atau permulaan menopos

b. Keturunan – genetik dari kedua-dua ibu bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki atau perempuan.

c. Tekanan, penyakit – boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Kurap yang disebabkan oleh jangkitan kulat juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

d. Ubat-ubatan – termasuk ubat-ubatan kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil kawalan kelahiran, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.

e. Keadaan Perubatan – penyakit tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan kehilangan rambut.

f. Penyakit Autoimun – menyebabkan alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja menyerang folikel rambut dimana rambut tersebut tumbuh yang akhirnya menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok

g. Diet – Diet rendah protein atau kurang beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta Zinc juga boleh menyebabkan keguguran rambut

Bagi anda yang mencari rawatan untuk rambut gugur , saya cadangkan anda mengambil supplemen seperti dibawah untuk membantu mencegah kehilangan rambut..


 Set Rawatan Rambut Gugur Shaklee mengandungi  :-

a. B- Complex  – Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri.
b. Zinc – berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.
c. Revitalizing  Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care untuk rambut yang lebih sihat bersih dan mudah diurus.  Hanya yang SEMULAJADI. Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain.
d. Nourishing Scalp Treatment – menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Gabungan ke empat-empat produk ini menjadikan RAMBUT anda KUAT, mengurangkan kehilangan rambut, memBERSIHkan kulit kepala, MELEMBUTkan dan MELEBATkan. Anda dan kelaurga pun PASTI suka membelainya setiap masa !
 
Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, 25 September 2014

JERAWAT ??!! Masalah jerawat di muka dan rawatan dari dalaman



Oh..Tidak! Jerawat. Tentu ramai yang pernah diselubungi masalah jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin tu, tak sah jika tidak membelek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah merebak ke serata muka. Ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul tak? Tapi jerawat ini tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Jom kita baca....


Ketahui lokasi jerawat di wajah dan faktor-faktornya :
1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. 
Banyakkan berehat dan berfikir positif.


JOM Terjah Suppliment untuk kulit klik SAYA NAK CANTIK !



SET D SKINCARE

 

 

Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak



No Tel: 019-599 4461

Email: myka_terabytes@yahoo.com


COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia

 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Vitamin Untuk Kulit Cantik & Sihat




“Beuty comes from within”. Mesti ramai pernah dengar ayat ni kan? Menjaga kecantikan kulit ni bukan semata-mata jaga luaran. Malah kebanyakan produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan allergi pada mereka yang tak serasi. Hasilnya kulit naik jerawat, berminyak, menipis hingga meningkatkan risiko kanser. Apa yang kulit kita perlukan??
Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

1. Vitamin E


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang paling utama semestinya Vitamin E. Kenapa? Sebab Vitamin E adalah tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan sel tua lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Bonusnya, Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemak malah membantu mencegah sel kanser.

 

 

 

2. Vitamin C


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang kedua mestilah Vitamin C. Sama seperti Vitamin E, Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Paling utama Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membuatkan kulit tegang dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

3. Vitamin B-complex 

Pemenang ketiga untuk kulit cantik, sihat dan awet muda adalah vitamin B-complex. Yang ini ramai tidak sedar kepentingannya. Tapi untuk mereka yang amalkan diet tinggi B-complex atau amalkan vitamin B-complex, kesan paling ketara adalah kulit yang ‘glowing’. Vitamin B1 melancarkan peredaran darah ke sel-sel kulit menjadikan kulit nampak ‘glowing’.


Vitamin B9, Vitamin B6 dan niacin dalam Vitamin B3 membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit menggantikan sel yang sudah rosak atau mati. Hasilnya kulit akan sentiasa tampak bersih, sihat dan muda. Vitamin B5 pula sangat penting dalam mencegah pembentukan jerawat, ekzema dan allergi/radang kulit. Vitamin B5 juga mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan meratakan tona kulit untuk kulit lebih  cantik dan berseri.
 

4. Vitamin A


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang keempat yang jarang orang ambil berat adalah Vitamin A. Kalau anda bermasalah kulit bersisik, kering, atau berjerawat itu bermakna anda kekurangan Vitamin A. Pentingnya Vitamin A ini adalah ia membantu pemulihan tisu yang rosak dan pembentukan sel kulit baru yang sihat. Pesakit psoriasis memang sangat perlukan Vitamin A.  Jadi jika anda mahukan kulit bebas kedutan, sihat, awet muda dan bebas jerawat, pastikan ambil cukup Vitamin A.

Namun awas, Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi jika anda mahu ambil Vitamin A pastikan ia dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A. Maka ia memastikan badan kita sentiasa mendapat bekalan Vitamin A apabila badan perlukan.
Salah satu cara untuk dapatkan kesemua vitamin ini adalah dari diet seharian. Tapi rasanya tidak ramai yang mampu kan?? Jadi pilihan terbaik dan paling mudah adalah dengan mengamalkan Set Skin Care yang mengandungi kesemua vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda itu. Dan ini pilihan terbaik anda.. ooppss Caratomax adalah Vitamin A Shaklee dalam bentuk beta-carotene.







Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 24 September 2014

Cara Daftar Ahli Shaklee

Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE

1. Yuran Keahlian
untuk mendaftar AHLI SHAKLEE, ada 2 pilihan yg disediakan untuk anda samada bayar yuran rm75(semenanjung) atau rm85 (sabah sarawak) termasuk pos atau pilihan kedua adalah dengan mendaftar secara FREE MEMBERSHIP. Pendaftaran adalah seumur hidup ya aslakan dalams etahun tu anda baut pembelian walaupun sebotol zink yang berharga RM33

a) Bayaran yuran RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk) 
Pendafataran dengan yuran sebanyak RM75(sem) dan Rm85 (sbh srwk)  ini boleh dilakukan bila anda nk jadi ahli shaklee tanpa membuat sebarang pembelian. Pendek kata hanya nk daftar sahaja. Andai kata anda nak terus buat pembelian contoh 1 tin ESP, anda sudah layak untuk dapat harga ahli dan penghantaran akan terus dilakukan oleh pihak SHAKLEE bersama dengan manual kit ( buku produk, senarai harga buku resit dan flyers)

b) Keahlian secara PERCUMA 
Keahlian secara percuma boleh didapti sekiranya anda ingin mendafatar sekaligus nak beli barang dalam jumlah lebih kurang Rm650 atau bersamaan dengan 200 point. Contohnya anda nk beli set menyusu 3M dan kawan2 anda pun nk beli juga, sehingga total up cukup 200 point maka automatik anda layak ntuk dapat keahlian PERCUMA. Berikut adalah senarai product dan point untuk rujukan anda


OK dah tahu mengenai yuran, langkah seterusnya adalah anda hanya perlu bagi maklumat berikut untuk didaftarkan 

2. Maklumat yang diperlukan 
Nama: 
IC:
Alamat Surat Menyurat: 
No Tel: 
Email: 
Nama Suami: 
IC suami: 
No acc maybank (simpanan atau semasa)
Cawangan Maybank:
Shaklee hanya menggunakan acc maybank untuk urusan bayaran order dan pemberian bonus. Jika tiada acc maybank, anda masih boleh register dan boleh buka acc selepas itu seterusnya update kemudian dengan pihak Shaklee. 

 
Bagaimana? Berminat untuk join menjadi sebahgian dari ahli group saya? Boleh hubungi saya di talian berikut 

Mai AtiQah (ID 921605)
FB:  Mai AtiQah
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
Shiny Gold Star