Friday, 26 September 2014

Minggu ke 39 ! Operate...

dah Nak BERANAK... Penantian ku selama 9bulan 3 minggu

05.06.2014 ( 7 Syaaban 1435H ) Hari Khamis

Jam 0630
selepas selesai solat subuh bersiap nak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.. dalam perjalanan tu jenuh la mulut ni terkumat kamit berzikir..sejuk datu badan rasanya.. sebab seumur hidup ni kali pertama nak operate.. huhu

Jam 0700
Sampai di Dewan Bersalin Hospital.. jantung bergerak pantas nii.. heee.. takut weii, smpai sahaja terus daftar. doc amik tekanan darah , dan CTG.. elok je Hamba Allah dalam perut ni..dah siap semua salin pakaian. dan tunggu turn nak masuk bilik bedah..

Ni time tengah tunggu turn. sebab ada org sedang operation.. huhu.. time ni rasa nak lari balik rumah.. hahhaah


Tengah dok sembang2 dgn en.abg. nama kena panggil.. cium tangan minta ampun maaf. halal kan makan minum.. huhu rasa cam nak pergi jauh  jeee kan... 

Jam 9.45pagi
Masuk bilik bedah.. mak aiiii... sejuk nye.. baring kat atas katil. katil tu betul2 muat badan kita je. Nurse pesan.jgn gerak2 sgt kang jatuh dari katil tu,, heeee. so duduk diam2.
Tggu doc pakar bius datang.. so doc suh peluk bantal.smbil membongkok badan sedikit. ''awak jangan gerak yaaa... ' aku time tu rasa cuak sgt.. badan dah sejuk. dalam hati hanya berzikir tak henti2..

Dah bius..ok boleh baring.. dieorg letak penghadang kat atas dada. sebab tak bagi kita tgk operasi bedah tu.. kang pengsan lak,, heee. Ok.. dari pinggang smpai kaki memang tak rasa apa2 dah.. korang buat la cmne pun.

start bedah... tak rasa apa2 dah.. hanya dapat hidu bau hanyir darah jee... uhhh.. doc bius tu ajak sembang.. konon2 nak bagi aku relaks,, padahal.. rasa nak pengsan je..
 disebabkan Hamba Allah dalam perut aku ni besar.. waktu scan 4.1kg.. masa nak keluarkan baby ni...bergoyang2 badan ni.. sabar je lah..

Jam 10.05pagi
ALHAMDULILLAH !!  Maka keluarlah si anak dalam kandungan ibu selama 9 bulan 3minngu. Dengar lah bunyi tangisannya.... Serius.. Menangis time dapat dgr tangisan anak..rasa BERSYUKUR atas Anugerah yg diberikan Oleh ALLAH terhadap hamba nya yg lemah ni...
Terpaksa dimasukkan ke peti kaca ni sebab kurang oksigen..sian anak ibu
Nah... 3.9kg .. tidoq je!!
dan aku di transfer  ke wad pemerhatian selama 6 jam. so baring je la selama 6 jam. belom dapat pegang anak lagi.. huhu... Anak dah diazan oleh Ayah nya masa kat bilik pemerhatian bayi.. **xdapat tgk!!

Peace la sangat kan.. tapi time ni pening lagi
cukup masa 6 jam nurse datang. 
Nurse : Puan , bangun ya duduk atas kerusi roda ni. kita nak pergi wad 2.
Aku : bukan duduk wad ni je ke?? kena bangun la ni?
Nurse : ye puan... puan kena banyak bergerak. baru la luka cepat sembuh... ini wad pemerhatian sahaja.

Serius nak bergerak sakit! ubat bius dah habis... tpi kuatkan jugak semangat.. bangun jgk. rasa lagi perut tu kena belah.. huh..









Menetaplah aku di Wad 2 Bilik 12 di Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun selama 3 Hari 2 Malam
*** Terima Kasih tak terhingga buat Suami!! sebab dia yg paling penat ke hulu ke hilir. beli barang. jaga bini.. sayang sangat sama encik suami aku yg sorg ni.. !!

Bermula lah sessi berpantang.......... nak tahu cmne luka ni cepat sembuh?
Meh saya nak kongsi dgn awak semua Pengalaman Berpantang & SET BERPANTANG yang aku amalkan. 

No comments:

Post a Comment

Shiny Gold Star