Thursday, 25 September 2014

Vitamin Untuk Kulit Cantik & Sihat




“Beuty comes from within”. Mesti ramai pernah dengar ayat ni kan? Menjaga kecantikan kulit ni bukan semata-mata jaga luaran. Malah kebanyakan produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan allergi pada mereka yang tak serasi. Hasilnya kulit naik jerawat, berminyak, menipis hingga meningkatkan risiko kanser. Apa yang kulit kita perlukan??
Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

1. Vitamin E


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang paling utama semestinya Vitamin E. Kenapa? Sebab Vitamin E adalah tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan sel tua lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Bonusnya, Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemak malah membantu mencegah sel kanser.

 

 

 

2. Vitamin C


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang kedua mestilah Vitamin C. Sama seperti Vitamin E, Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Paling utama Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membuatkan kulit tegang dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

3. Vitamin B-complex 

Pemenang ketiga untuk kulit cantik, sihat dan awet muda adalah vitamin B-complex. Yang ini ramai tidak sedar kepentingannya. Tapi untuk mereka yang amalkan diet tinggi B-complex atau amalkan vitamin B-complex, kesan paling ketara adalah kulit yang ‘glowing’. Vitamin B1 melancarkan peredaran darah ke sel-sel kulit menjadikan kulit nampak ‘glowing’.


Vitamin B9, Vitamin B6 dan niacin dalam Vitamin B3 membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit menggantikan sel yang sudah rosak atau mati. Hasilnya kulit akan sentiasa tampak bersih, sihat dan muda. Vitamin B5 pula sangat penting dalam mencegah pembentukan jerawat, ekzema dan allergi/radang kulit. Vitamin B5 juga mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan meratakan tona kulit untuk kulit lebih  cantik dan berseri.
 

4. Vitamin A


Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang keempat yang jarang orang ambil berat adalah Vitamin A. Kalau anda bermasalah kulit bersisik, kering, atau berjerawat itu bermakna anda kekurangan Vitamin A. Pentingnya Vitamin A ini adalah ia membantu pemulihan tisu yang rosak dan pembentukan sel kulit baru yang sihat. Pesakit psoriasis memang sangat perlukan Vitamin A.  Jadi jika anda mahukan kulit bebas kedutan, sihat, awet muda dan bebas jerawat, pastikan ambil cukup Vitamin A.

Namun awas, Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi jika anda mahu ambil Vitamin A pastikan ia dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A. Maka ia memastikan badan kita sentiasa mendapat bekalan Vitamin A apabila badan perlukan.
Salah satu cara untuk dapatkan kesemua vitamin ini adalah dari diet seharian. Tapi rasanya tidak ramai yang mampu kan?? Jadi pilihan terbaik dan paling mudah adalah dengan mengamalkan Set Skin Care yang mengandungi kesemua vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda itu. Dan ini pilihan terbaik anda.. ooppss Caratomax adalah Vitamin A Shaklee dalam bentuk beta-carotene.







Mai AtiQah (ID 921605) - Pengedar Shaklee Perak
No Tel: 019-599 4461
Email: myka_terabytes@yahoo.com
COD area: Batu Gajah, Sri Iskandar, Lahat, Sungkai, Slim River, Ipoh,
POS LAJU Seluruh Malaysia




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment